Bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan dan peluang untuk menggandakan amalan. 💖Sumiran Catering ingin menjemput syarikat, agensi/NGO, dan mana-mana individu untuk memberikan sumbangan di bawah Program Infaq bersama Sumiran Care sebagai usaha bagi membantu mereka yang memerlukan.
Sumbangan anda akan digunakan untuk pengagihan juadah berbuka puasa kepada jemaah masjid, rumah anak-anak yatim, serta sekolah madrasah/tahfiz yang terpilih seperti yang tertera pada poster di bawah.
Dengan sekecil-kecil sumbangan, besar manfaatnya buat mereka yang kurang berkemampuan. Jom kita sebarkan kebaikan dan raih pahala berlipat ganda di bulan yang mulia ini.